• Pelajar

  • Pelajar

  • Polytechnic Entrepreneurship

  • Konvokesyen Ke 18

  • Selamat Hari Raya

Perutusan Pengarah PKK

Tahniah dan syabas diucapkan Kepada para graduan Politeknik Kota Kinabalu yang telah berjaya menamatkan pengajian atas daya usaha, kegigihan, komitmen dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran yang akhirnya telah membuahkan hasil. Saya Percaya ini merupakan permulaan bagi para graduan untuk melangkah lebih jauh bagi menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama

Faedah Keahlian

  1. Mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan dari semasa ke semasa.
  2. Menggunakan kad keahlian perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu.
  3. Mendapat diskaun RM50 bagi yuran pendaftaran semasa mengikuti kursus di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PKK.
  4. Menikmati peluang-peluang kerjaya dan kursus latihan pekerjaan.
  5. Dapat berhubung dengan rakan-rakan lama melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan

Syarat

Untuk menjadi ahli persatuan, permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh Persatuan. Borang ini boleh didapati di pejabat unit biasiswa (JHEP) atau muat turun dari web Alumni. Setiap permohonan hendaklah dikepilkan bersama-sama yuran keahlian iaitu sebanyak RM50.00 seorang dan ianya adalah bayaran sekali seumur hidup. Para graduan bermula konvokesyen kali ke 14 adalah menjadi ahli persatuan Alumni PKK semasa majlis konvokesyen berlangsung. Bagi graduan yang telah ditauliahkan pada majlis konvokesyen kali 1 sehingga 13 hendaklah mengunapakai prosedur seperti yang telah dimaklumkan di atas.

Peranan

  1. Menyediakan satu platform bagi Alumni untuk menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan Politeknik Kota Kinabalu.
  2. Menjalinkan kerjasama dengan sektor awan dan pihak industri yang bersesuaian dengan matlamat Persatuan.
  3. Menyediakan prasarana informasi mengenai kegiatan dan hal ehwal Persatuan.
  4. Menganjurkan aktiviti ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang seimbang.

Matlamat

  1. Menjaga kebajikan ahli persatuan
  2. Memupuk perpaduan, intergrasi dan silaturrahim warga alumni Politeknik Kota Kinabalu
  3. Membantu ahli persatuan dalam pembangunan profesionalisme, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi.